Sabtu, 17 Jun 2017

UNGA: KISAH BAHARU SERIGALA & KAMBING (2016)

Testimoni di bawah. 
Pehatian: Jualan tahun lalu amat memberansangkan.


Boleh dapatkan #novelunga di sini UUM Press

Terima kasih kerana menyokong.

UNGA: KISAH BAHARU SERIGALA & KAMBING
UNGA: KISAH BAHARU SERIGALA & KAMBING
UNGA: KISAH BAHARU SERIGALA & KAMBING



Sebuah novel setebal 234 muka surat berwarna-warni sangat sesuai sebagai bahan buku nilam pelajar di sekolah rendah. 



Pembaca akan dibawa mengembara ke dalam hutan bersama serigala bernama Unga dengan penuh debaran dan kejutan seolah-olah menonton filem animasi di panggung wayang. Disisipkan juga scene santai dan komedi.














Novel yang bertemakan kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan ini mengisahkan tentang Unga, seekor anak serigala abu-abu yang dipelihara oleh Makti, ibu kambing setelah kematian ibu Unga. Unga semakin membesar dan menghadapi krisis identiti selain daripada sesetengah kambing yang bersifat streotaip terhadapnya. Dia kembali ke perkampungan serigala dan diangkat sebagai Alpha (ketua). 

Amalan tradisi serigala adalah menyerang mana-mana perkampungan kambing pada malam gerhana bulan. Unga meninggalkan kemegahan Alpha dan membantu kambing-kambing itu menghadapai serangan ganas serigala. Kila si tupai dan Ras si musang menjadi sahabat setianya ketika mana dia bersendirian. Persoalan utama yang boleh dicungkil dalam novel ini ialah aspek luaran bukan satu-satunya ukuran dalam penilaian, penindasan berleluasa kepada golongan lemah, prasangka yang membawa keburukan, kemewahan dan nafsu mampu mengubah perwatakan, persahabatan yang ikhlas membawa kepada kebaikan dan sesiapa pun boleh berubah jika dia mahu walau sebesar mana kesilapannya.



ISI KANDUNGAN - 234 MS BERWARNA WARNI & BERGAMBAR




Ekspo Buku Malaysia PWTC Dis 2016




Hantar #novelunga ke Perpustakaan Awam Kelantan 


Reorder
Boleh dapatkan #novelunga di sini UUM Press
Terima kasih kerana menyokong.


Done membedah. Kartun pun jaddi.
Idea streotaip/rasis & krisis identiti dalam novel kanak-kanak Unga: Kisah Baharu Serigala & Kambing #novelunga terbitan UUM Press Kreatif -UUM PRESS


Tidak semua serigala jahat & kambing baik. Mungkin serigala berkulit kambing sedang berleluasa di sisi kamu saat kamu membaca posting ini. 


Penulis sengaja bercerita menggunakan watak haiwan yang pelbagai agar pembaca tahu bahawa manusia yang lahiriah sama itu tetap pelbagai hakikatnya. 

Unga ialah seekor serigala namun berjiwa kambing kerana telah dipelihara Makti (ibu kambing) sejak kecil. Sejak itu dia bergaul dengan adik beradik baru, Alang, Alak & Alap. Dia membesar dalam kelompok kambing sehingga suatu kejadian, seekor anak kambing mati diterkam pemangsa misteri di hutan. 


Unga dijadikan kambing hitam oleh kambing-kambing pendamping Toki, si ketua kambing. Setelah didesak untuk meninggalkan kampung kambing, Unga akur walaupun keluarganya sentiasa membela kecuali Alang. Inilah streotaip. 99% pertimbangan/penilaian daripada zahir. 
Unga kembali ke hutan dan setelah beberapa peristiwa, dia dibawa ke kampung serigala. Dia merupakan anak Alpha (ketua) Alam. Kini dia menjadi Alpha selepas jawatan itu dipangku Paka sekian lama. 


Setiap malam gerhana, tradisi serigala adalah menyerang kampung kambing dan membawa pulang bangkai-bangkai itu sebagai hidangan besar-besaran. 


Unga terpaksa menyerang kampung yang membesarkannya. Meskipun berat hati, jawatan yang dipegang memaksanya bertindak. Krisis identiti berpunca drpd kecelaruan daripada peperangan antara kehendak naluri (sebagai kambing) dengan desakan sekeliling (sebagai serigala). Apakah tindakan yang sepatutnya dipilih antara dua jalan? 


Percayalah, novel 'kanak-kanak' ini saya tulis selepas melihat apa yang berlaku di sekitar saya sebagai manusia. Target saya bukan hanya kanak-kanak asli, tetapi juga kepada semua para pemikir yg boleh memikirkan idea ini jauh melangkaui watak. Jika bedah buku, 90% adalah bicara idea & 10% bicara watak/alur. Tapi jika kanak-kanak menjadi pendengar, 90% adalah bicara tentang watak/alur.
Selain itu, penulis juga bercerita tentang peperangan antara kambing dengan serigala yang menunjukkan gambaran pertembungan di padang yang tidak pernah rata.


Sehinggalah teman-teman Kila si Tupai & Ras si Musang Merah bersama kambing. Idea tentang kerjasama menentang kerosakan dan kezaliman melangkaui batas perbezaan agama, bangsa & negara.


Tentang gambaran bahawa punca kekacauan adalah daripada pihak yang kuat dan berkuasa.

Dan bagaimana hamba adat tidak akan pernah faham apa yg dibuat oleh mereka selama-lamanya. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan